!

:: p a g e s

Blogger Widgets

Saturday 19 May 2012

Program GOTONG – ROYONG MEMBERSIHKAN PERKUBURAN ISLAM SYED YAHYA


     Pada 19 Mei yang lalu, pihak Baitul Iman dengan kerjasama unit kebersihan dan keceriaan serta Majlis Perbandaran Daerah Dungun telah mengadakan satu gotong – royong buat julung kalinya yang bertempat di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya di Kampung Molek. Seramai 18 orang pelajar dan 12 orang guru telah bersama – sama menjayakan program ini. Gotong – royong tersebut bermula pada pukul 7.30 pagi, mereka bersarapan terlebih dahulu. Mereka disediakan dengan bihun goreng dan kuih – muih sebagai alas perut untuk memulakan aktiviti tersebut. Selepas itu , para pelajar dikehendaki beratur untuk mendengar sedikit taklimat yang disampaikan oleh penasihat Baitul Iman iaitu Ustaz Fatahul Aziz Bin Abdul Karim dan diikuti dengan sedikit tazkirah yang disampaikan oleh ketua unit kebersihan dan keceriaan sendiri iaitu Ustazah Siti Hajar Binti Hassan. Tajuk tazkirah yang disampaikan ialah mengenai  Alam Kubur bertepatan dengan program yang dijalankan pada hari tersebut. Selain itu, Ustazah Hajar juga mengingatkan pelajar dan guru supaya sentiasa menjaga adab-adab sepanjang berada di kawasan tanah perkuburan tersebut.

     Seterusnya, para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan  setiap ahli kumpulan akan ditugaskan untuk membersihkan kawasan yang telah ditetapkan masing-masing. Di samping itu, setiap kumpulan akan diawasi oleh beberapa orang guru. Setelah selesai membahagikan kumpulan, semua pelajar dan guru memulakan aktiviti gotong-royong tersebut pada pukul 8.00 pagi. Para guru dan pelajar diberikan pilihan sendiri untuk memilih kawasan yang hendak dibersihkan. Semua guru dan pelajar membersihkan kawasan tersebut dengan menggunakan alatan-alatan yang mereka bawa sendiri seperti cangkul, sabit, parang, mesin rumput dan sebagainya. 

     Gotong–royong tamat kira–kira pada pukul 11.00 pagi, dan para peserta sekali lagi dihidangkan dengan juadah nasi lemak untuk dibawa pulang. Program ini bertujuan untuk memupuk semangat bekerjasama antara para peserta dan penduduk kampung juga.















No comments:

Post a Comment