!

:: p a g e s

Blogger Widgets

Thursday 6 June 2013

JEMPUTAN KE CERAMAH ISRA' DAN MIKRAJ 2013

                                                                                                                                                                                                                                                                                  
Kepada,
Ibubapa/Penjaga  pelajar  Baitul Iman
Quranic & Islamic Studies Centre


Tuan / Puan,                                                                                                           04 JUN 2013

PER: CERAMAH ISRA’ DAN MIKRAJ
Sepertimana perkara di atas, kami pihak Baitul Iman akan mengadakan ceramah Isra’ dan Mikraj seperti ketetapan berikut :

                               
                                 Tarikh    : 12 JUN 2013 BERSAMAAN  3 SYA’BAN 1434 H
                                 Hari       : RABU.
                                 Tempat : DEWAN AS-SYAFIE.BAITUL IMAN
                                 Masa     : 7.00- 9.00 MALAM.                              
2.             Kehadiran ibubapa/penjaga serta pelajar berumur 12 tahun keatas dialu-alukan menghadiri majlis tersebut.

3.             Disini saya lampirkan no telefon untuk makluman dan perhatian pihak Tuan/Puan

Sebarang masalah @ pertanyaan  boleh hubungi:
Ust Wan Muhamad Bakir   - 019 4352490
Pejabat Baitul Iman              - 09 8456931


Sekian, terima kasih.

“RASULLULLAH IKUTAN SEPANJANG ZAMAN”


Saya yang menurut perintah,

………………………………………............................
WAN MUHAMAD BAKIR HAKIM BIN WAN HASSAN
Penyelaras Baitul Iman
Quranic & Islamic Studies Centre



Thursday 28 June 2012


Kepada,                                                                                            
Ibubapa Pelajar                                                                      
 Baitul Iman                                                                                  
(Quranic & Islamic Studies Centre)                                               


JEMPUTAN KE MAJLIS TEMU MURNI  ANJURAN  BAITUL IMAN

Sepertimana perkara di atas,pihak Baitul Iman akan mengadakan majlis temu murni.

Butiran program seperti berikut :
                               Tarikh  : 7 Julai 2012 bersamaan 17 Sya’ban 1433 H
                               Hari      :  Sabtu    
                               Waktu  :  9.00-12.30 pagi
                               Tempat : Dewan As Syafie, Baitul Iman
                       

2.               Kehadiran ibu bapa/penjaga dan anak-anak adalah diwajibkan ke program tersebut
               
3.             Di sini saya lampirkan borang untuk Tuan/Puan isikan nama yang dapat hadir ke program tersebut,.dan  perlu dihantar kepada pihak pengurusan Baitul Iman sebelum @ pada 4 JULAI  2012


4.             Semoga program ini dapat di capai dengan jayanya. Dengan  kerjasama daripada pihak Tuan/Puan ,kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sebarang masalah @ pertanyaan  boleh hubungi:
WAN MOHD BAKIR - 019 4352490
PEJABAT BAITUL IMAN - 098456931

“SEMOGA BAITUL IMAN TERUS CEMERLANG DEMI KEPENTINGAN UMMAH  

KELEBIHAN ALQURAN

       عن عبد الله بن عمر رضي الله عنه قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول :" لاَ حَسَدَ إِلاَّ فِى اثْنَتَيْنِ رَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ الْكِتَابَ وَقَامَ بِهِ ءَانَاءَ اللَّيْلِ ، وَرَجُلٌ ءَاتَاهُ اللَّهُ مَالاً فَهُوَ يَتَصَدَّقُ بِهِ ءَانَاءَ اللَّيْلِ وَءَانَاءَ النَّهَارِ " أخرجه البخاري في فضائل القرآن 
Daripada Abdullah bin Umar ra berkata : aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : “tiada hasad dengki (yang diizinkan) kecuali di dalam dua perkara ; (pertama) seorang lelaki yang dikurniakan al-Kitab (ilmu al-Quran) oleh Allah, dia sanggup bangun untuk tujuan itu (membaca al-Quran) di tengah malam . Dan (yang kedua) seorang lelaki yang dikurniakan harta oleh Allah Taala , maka dia bersedekah harta itu di tengah malam dan siang”.

~~ وفي رواية "...رَجُلٌ ءَاتَاهُ اللَّهُ الْقُرْآنَ فَهُوَ يَتْلُوهُ ءَانَاءَ اللَّيْلِ وَءَانَاءَ النَّهَار.."
Di dalam riwayat yang lain : “seorang lelaki yang dikurniakan (kemahiran ilmu) al-Quran oleh Allah Taala , dia membacanya (al-Quran itu) di tengah malam dan siang”

~~ وفي رواية مسلم " لاَ حَسَدَ إِلاَّ فِى اثْنَتَيْنِ رَجُلٌ ءَاتَاهُ اللَّهُ الْقُرْآنَ فَهُوَ يَقُومُ بِهِ آنَاءَ اللَّيْلِ وَآنَاءَ النَّهَارِ وَرَجُلٌ ءَاتَاهُ اللَّهُ مَالاً فَهُوَ يُنْفِقُهُ ءَانَاءََ اللَّيْلِ وَءَانَاءَ النَّهَارِ"
Di dalam riwayat Imam Muslim berbunyi : “Tiada hasad dengki (yang diizinkan) kecuali di dalam dua perkara ; (pertama) seorang lelaki yang dikurniakan al- (kemahiran ilmu) al-Quran oleh Allah Taala , dia sanggup bangun untuk tujuan itu (membaca al-Quran) di tengah malam dan siang. Dan (yang kedua) seorang lelaki yang dikurniakan harta oleh Allah Taala , maka dia membelanjakan harta itu di tengah malam dan siang (ke jalan yang diredhai Allah)”.


Pengajaran Hadis di atas : 
1)  maksud حسد di dalam hadis di atas adalah غبطة 
   2) حسد : perasaan irihati sehingga mendorong seseorang itu bercita-cita menghalang, menggagalkan , menghilangkan atau merosakkan nikmat yang ada pada orang lain.
      3) غبطة : perasaan cemburu sehingga mendorong seseorang itu mahu berlumba-lumba dan berusaha sekuatnya untuk mengatasi nikmat atau kelebihan orang lain tanpa niat menghalang, menggagalkan, menghilangkan atau merosakkan nikmat itu daripada tuannya .
    4) Hadis di atas menggalakkan kita agar bersaing dan berlumba melakukan kebajikan dan ketaatan kepada Allah .
      5)  Sifat hasad dengki yang dilarang Islam, boleh menghapuskan pahala amal kebajikan kita yang lain seolah-olah api membakar kayu api.

Saturday 19 May 2012

Program GOTONG – ROYONG MEMBERSIHKAN PERKUBURAN ISLAM SYED YAHYA


     Pada 19 Mei yang lalu, pihak Baitul Iman dengan kerjasama unit kebersihan dan keceriaan serta Majlis Perbandaran Daerah Dungun telah mengadakan satu gotong – royong buat julung kalinya yang bertempat di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya di Kampung Molek. Seramai 18 orang pelajar dan 12 orang guru telah bersama – sama menjayakan program ini. Gotong – royong tersebut bermula pada pukul 7.30 pagi, mereka bersarapan terlebih dahulu. Mereka disediakan dengan bihun goreng dan kuih – muih sebagai alas perut untuk memulakan aktiviti tersebut. Selepas itu , para pelajar dikehendaki beratur untuk mendengar sedikit taklimat yang disampaikan oleh penasihat Baitul Iman iaitu Ustaz Fatahul Aziz Bin Abdul Karim dan diikuti dengan sedikit tazkirah yang disampaikan oleh ketua unit kebersihan dan keceriaan sendiri iaitu Ustazah Siti Hajar Binti Hassan. Tajuk tazkirah yang disampaikan ialah mengenai  Alam Kubur bertepatan dengan program yang dijalankan pada hari tersebut. Selain itu, Ustazah Hajar juga mengingatkan pelajar dan guru supaya sentiasa menjaga adab-adab sepanjang berada di kawasan tanah perkuburan tersebut.

     Seterusnya, para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan  setiap ahli kumpulan akan ditugaskan untuk membersihkan kawasan yang telah ditetapkan masing-masing. Di samping itu, setiap kumpulan akan diawasi oleh beberapa orang guru. Setelah selesai membahagikan kumpulan, semua pelajar dan guru memulakan aktiviti gotong-royong tersebut pada pukul 8.00 pagi. Para guru dan pelajar diberikan pilihan sendiri untuk memilih kawasan yang hendak dibersihkan. Semua guru dan pelajar membersihkan kawasan tersebut dengan menggunakan alatan-alatan yang mereka bawa sendiri seperti cangkul, sabit, parang, mesin rumput dan sebagainya. 

     Gotong–royong tamat kira–kira pada pukul 11.00 pagi, dan para peserta sekali lagi dihidangkan dengan juadah nasi lemak untuk dibawa pulang. Program ini bertujuan untuk memupuk semangat bekerjasama antara para peserta dan penduduk kampung juga.















Monday 30 January 2012

ADAB-ADAB MEMBACA AL-QURAN


1. Membersihkan mulut dengan bersugi sebelum membaca Al Quran.
2. Membaca Al Quran di tempat yang bersih samada di masjid atau sebagainya.
3. Mengadap Kiblat ketika membaca Al Quran.
4. Memohon perlindungan dengan Allah daripada Syaitan sebelum membaca Al Quran. Firman Allah Ta'ala : "Apabila engkau membaca Al Quran maka pohonlah perlindungan Allah daripada Syaitan yang direjam."( Surah An Naml: ayat 98 )
5. Membaca Bismillah pada permulaan surah kecuali Surah At Taubah.
6. Khusyu' dan tadabbur ketika membaca Al Quran.
Firman Allah Ta'ala : "Mengapakah mereka tidak memperhatikan Al Quran ataupun hati mereka terkunci."( Surah Muhammad: ayat 24 )
Firman Allah Ta'ala : "Ini adalah sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan keberkatan supaya mereka memerhatikan ayat-ayatnya."(Surah Saad: ayat 29 )
7. Membaca Al Quran secara baik, melagukannya serta memperelokkan suara. Firman Allah Ta'ala : "Bacalah Al Quran itu dengan perlahan-lahan." ( Surah Al Muzzammil: ayat 4)

Daripada Abu Hurairah r.a. telah bersabda Rasulullah S.A.W bermaksud : "Bukan dari golonganku orang-orang yang tidak memperelokkan suaranya ketika membaca Al Quran."  (HR Imam Bukhari)

Daripada Abu Hurairah r.a. juga meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: "Allah menggalakkan kepada hambanya sebagaimana Allah memerintahkan Rasulullah S.A.W. supaya memperelok dan mengangkat suara ketika membaca Al Quran."
(Riwayat Bukhari & Muslim)

Wednesday 11 January 2012

HE always know what is the best for YOU..

Setiap perkara yang berlaku ke atas diri kita adalah ujian dari Maha Esa..mungkin kita tidak dapat untuk memperolehi sesuatu yang kita sukai kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik yang perlu kita miliki, justeru terimalah seadanya Qada' Allah kerana mungkin apa yang kita sukai itu adalah buruk untuk kita..Wallahualam.